Thursday, September 26, 2013

Memebon..Kucing Tercomel Di Dunia


Memebon, itu lah nama seekor kucing eksotik yang menjadi bintang antarabangsa selepas dinobatkan sebagai anak kucing paling comel di dunia..kelass gitu…..jom kita tengok kecomelan Memebon..

Kucing ini telah mencetuskan fenomena di Jepun apabila para peminat kucing ini mencipta laman web dan juga sejumlah buku berkenaan kucing ini.
Haiwan peliharaan yg comel ini membuatkan ramai yang terpesona dengan kecomelan dan telatahnya yang bertenaga…


 
Pemilik Memebon, Sakurako Shimizu yg merupakan seorang jurugambar, beliau gemar merakam gambar kucingya itu yang terdiri daripada 3 warna pada badannya.
“Ia suka bermain buih sabun dengan memukulnya “Kata Sakurako Shimizu
Bagaimanapun, baka baharu itu kelihatan lebih lincah berbanding kucing Parsi berbulu panjang.mesti ramai antara kita pun nak kucing secomel Memebon kan? Jom tengok lagi aksi Memebon yg sangat cute…;-)

comel x saya ?
saya suka mandi tau...hehehe..
eiiii sejuklah..!!!
saya nak tidolah...jgn kacau tau...
ni mak dan ayah saya..
aaa....nak keluar..!!!
weee..seronoknya..

Wednesday, September 25, 2013

Serangga Dalam Tin Popular

Trend memakan serangga dalam tin yg dikenali sebagai 'Edible Bugs Gift Pack'semakin popular dan mendapat mendapat sambutan oleh Rakyat Britain.Serangga tersebut dianggap boleh memberi sumber Nutrien kepada si pemakannnya.



Ia dijual dengan harga RM127 (AS $40) dalam bentuk tin yang terdiri daripada 7 perisa seperti kumbang berkeju,belalang krim masam,cengkerik sos tiram,Atau sate belalang,perisa nasi goreng kalajengking..haa...menarik bukan....

Hidangan ini juga dijual dalam talian dengan jumlah tempahannya semakin meningkat.
Jika anda bimbang tentang penyakit, tidak perlu takut.

Serangga ini telah menjalani ujian makmal rutin, pemprosesan makanan menyeluruh dan prosedur pembungkusan untuk memastikan standard keselamatan makanan yang tinggi.

Selain itu, serangga itu juga tidak mengandungi pewarna buatan, rasa atau bahan pengawet.

Pengeluar produk berkenaan, Steve Zimmerman berkata produk ini merupakan sumber protein dan lebih dua juta orang mengambil seranggga sebagai diet tambahan mereka..berani ke mencubanya? hehehe..;-)

Sunday, September 22, 2013

Aku seorang Miss Reporter..

Hello semua blogger semua..mak oi..macam dah berbulan je xupdate entri....seriusly busy dengan life....hahahah...poyo je rasa...okay okay...Tasha seriusly baru je memulakan kerjaya sebagai Miss Reporter....aka  wartawan..ALHAMDULILLAH, peluang yang ada ni Tasha nak cari pengalaman....now Tasha kat Utusan Malaysia...bangunan baru gitu....hahahaa.... Ni sedikit picca....hari-hari buku tu kat tangan....hhahahha...:)