Hello semua…dah dekat 2 minggu aku xupdates this blog..seriously, aku sangat2 la busy untuk final project aku …aku menghabiskan masa dan duit aku banyak untuk project ni..( tanpa bantuan PTPTN, xambik PTPTN ) Aku dah berhabis kat RM700 untuk event ni…naseb baik la abah aku baik, bagi je duit aku mintak..kadang2 2 hari sekali aku mintak…bukan aku saje2 mintak…tapi sangat memerlukan untuk bayar…So back to event…Meh aku citer citer kat korang erk…
Youth Media Carnival 2011 yang berlangsung pada 2 dan 3 April 2011 di Dataran Pahlawan merupakan projek terakhir aku semester akhir ni..Time event ni aku dan group aku buka Booth Metrowealth…Seriously first day penat gila aku rase… malam sebelum event kitorang setup all things sampai pukul 4 pagi..pastu kol 7.30 plak kena datang kat booth..kol 10pagi orang ramai datang....penat nak mampos dowh hari pertama..sakit kaki aku berdiri....dengan xcukup tido nyer…malam tu kitorang menginap kat Hotel City Park..okay la hotel ni..bilik besar ..selesa..Hotel ni area Melaka Raya...Dua hari aku stay sana…malas nak ulang alik ke Alor Gajah..agak jauh..
Hari pertama dengan muka mengantuk nyer aku duk kat Booth…kat booth kitorang dapat sponsor dari GSC, Metrowealth, Yamani Angle, dan juga Ambank..Kira barang2 untuk diberi sebagai hadiah banyak kitorang dapat…antaranya tiket wayang, note book, poster filem terbaru dan macam2 lagi la..Hari pertama ni kitorang ade bermacam aktiviti antaranya Karaoke, Fear Factor, Random Question..semua dapat hadiah…Selain tu, kartunis pun ade kat gerai kitorang..ramai la yang datang nak lukis gambar..cantik kot gambar budak tu lukis..
Hari kedua aku mula rasa penat plus hari yang panas..muka aku dah hitam cam Negro..terbakar kulit..pada hari ni booth kitorang ada Soso The Clown and Banana..ade Sand Art..aku kena pulak layan budak2 kecik main Sand Art…dorang xpandai nak color Sand Art..kena ajarkan..pastu payungkan mereka.. panas sangat.. Time free aku curi2 gak pegi jalan2 kat Booth URTV, Booth Rakan Muda..haaa..yang aku paling suka pegi Booth RTM..aku dapat hadiah because aku dapat ambik bola dalam bekas yang dipenuhi cengkerik..hhahahaa…aku mmg xtakut benda2 camtu..aku nak dapat hadiah..aku malas nak main Puzzle..pening kepala nak fikir and belum tentu aku menang..kalo yang cengkerik memang aku konferm dapat buat..Hahahaha..
Dan pada malamnyer pulak ade mini konsert..ramai artis yang datang… Antaranya Ramli Sarip, Couple, Imran Ajmain dan ramai lagi la..Ramai giler orang Melaka datang tengok konsert ni..pada pukul 10.30malam aku balik..penat sangat..sampai umah aku terus basuh muka dan tido…sangat2 lena ku tido…badan dah sakit2 kot…Bila aku flashback balik kat event ni aku ada jugakla aku xpuashati dengan event ni… …tapi benda yang dah lepas kita jangan nak ingat la..yang penting event ni dah berakhir…Adios..!
No comments:
Post a Comment