Monday, December 23, 2013

Produk Pencerah Baru Clarins



              Wanita Asia sering mengimpikan untuk memiliki kulit yang jernih,cerah serta warna kulit yang lebih sekata.



                 Kali  ini, produk penjagaan wajah terkenal, Clarins memperkenalkan produk terbaru yang menggunakan teknologi inovasi pencerahan yang kaya dengan penghidratan serta duo siang dan malam iaitu Brightening Hydrating Emulsion dan Smoothing Brightening Night Cream.


         


              Pengurus Latihan Clarins, Winnie Lai berkata, panghasilan dua produk ini merupakan era baru dalam pemupihan wajah.



           “Kedua produk ini merupakan kejayaan teknologi dalam menggalakkan kuli yang sihat, jernih serta bercahaya dan dapat menghidrat, melembab dan meninggalkan kesan kulit yang berembunsegara dalam tempoh 24 jam.



           “Dengan menggunakan teknologi ‘ Trans Luminescent Complex’  yang sangat unik, tindakannya dapat memulihkan struktur mikro cermin pada kulit agar kulit menapat kecerahan yang luarbiasa, kulit cerah sekata yang maksimum dan juga wajah yang segar,serta bersinar,” katanya.


              



          Sebagai satu jenama yang sangat mementingkan kepeluan setiap wanita, Clarins sentiasa mencari yang terbaik untuk memenuhi kehendak wanita terutamanya di Asia.



            Winnie berkata, penghidratan pada kulit adalah sangat penting untuk menghasilkan kulit yang segar serta bercahaya kerana kulit yang tidak menpunyai penhidratan yang cukup akan menyebabkan ia kusam dan tidak bermaya.



           “Pada waktu siang, kulit akan sentiasa kering dan terdedah pada sinaran UV, pencemaran dan juga penyaman udara, dan pada waktu malam pula, sekali lagi kulit diganggu ketika proses +25 peratus penyejatan air.



           “Dengan penggunakan produk pencerahan duo Clarins ini, tidakan pencerahan dan penghidratan yang lengkap dapat membantu memulihkan mikro-cermin pada setiap kulit kita,” katanya.



           Tambahnya keunikan produk ini adalah diperkaya dengan asid hyaluronic bermolekul rendah yang sangat istimewadalam meninhkatkan keberkesanan penceraqhan wajah sepantas 24 jam serta menyerlahkan efek kulit bercahaya bak embun selama 24 jam dan dapat menentang masalah kekusaman dan dehidrasi dari lapisan kulit yang paling dalam dan akan dipasarkan pada Februari 2014.

Ketika Majlis pelancaran sempat merasa kesedapan makan Sage Wine & Bar Restaurant, Garden Residences..:











.


Resepi Simple Teh LIPTON

             Sempena kempen pelancaran kempen  ‘A New Twist to Your Moments, jenama teh nombor satu dunia, Lipton berkongsi resipi mudah untuk membuat teh bagi memberi inspirasi kepada orang ramai merasai sendiri keunikan serta kelainan teh yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
 
        Dalam program Masterclass  yang dianjurkan oleh Lipton dengan kerjasama Asian Food Channel dan diketuai oleh chef selebriti iaitu, Chef Nik Micheal Imran telah mendemonstrasikan empat jenis  minuman teh dan satu makanan pembuka selera.
   
            

Demonstrasi selama satu jam yang menggunakan Lipton Yellow Label oleh Chef Nik  bukan sahaja memberi pendedahan sekaligus memberi peluang kepada para media serta blogger yang hadir memcuba sendiri resepi berkenaan dalam program itu.
 
          

Chef Nik berkata, konsep baharu yang ditunjukkan oleh Lipton dalam minuman teh memberi sentuhan kreatifnya  bagi penggemar teh kerana cara membuatnya adalah sangat mudah dan ringkas.

           “Dalam kelas kali ini saya mengajar empat jenis resipe teh yang saya cipta sendiri yang sangat sedap dan berbeza dari teh yang pernah dirasai sebelum ini iaitu, Sunrise Paradise, Mo-Tea- To, Lovely Berries dan Honey Lemongrass Tea,  ” katanya.

           “Selain itu, resepi pembuka selera iaitu Udang Tea-Crusted memang berbeza kerana menggunakan teh apabila memasaknya, ini memang lain dari yang lain, tapi apa salahnya kita mencuba kerana dalam masakan Cina memang sudah lama menggunakannya,dan kali ini saya tunjukkan pada anda semua,” katanya.

    

               Sukar untk dipercayai apabila teh boleh digunakan dalam masakan dan apabila mencuba sendiri, memang tidak dinafikan, tiada rasa tehnya, hanya dirasai kerangupan pada udang berkenaan.

             Air teh yang dihasilkan yang menggunakan serai, daun pudina serta lemon semenangnya mempunyai aura yang lain dari yang yang tidak ada pada minuman teh lain, dan ini membuktikan yang Lipton sendiri mencari kelainan.

            Resepi berkenaan merupakan resepi yang yang dicipta sendiri oleh Chef Nik dan sememangnya resipi yang ditunjukkan sangat mudah dibuat di rumah serta bahan-bahanya juga senang didapati.

        Pengurus Jenama Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Victor Leow berkata teh dapat dibuktikan mengubah mood dan menceriakan hari anda dan dapat dijadikan minuman yang serba boleh dengan hanya sedikit perubahan dalam cara pembuatannya.

        “Dalam resepi teh terbaharu ini, hanya menggunakan lima ke enam sajaha baha-bahan termasuk satu uncang teh dapat membuatkan teh yang dihasilkan sedap, samada panas atau sejuk ,” katanya.

        Selain itu, Lipton Asian Food Channel serta Chef Nik sendiri baharu sahaja menghabiskan penggambaran siri cara hidup kulinari yang diinpirasikan oleh teh yang berjudul “Tea Twist” yang bersiaran di Asian Food Channel selama enam minggu.

        Bermula 5 sehingga 24 Disember, Lipton juga  memperkenalkan kereta bergerak Lipton Tea Bar yang bakal merentasi seluruh Malaysia dengan tujuannya mencerikan hari anda, dan sepanjang musim Disember juga, minumannya akan diberikan percuma kepada orang ramai.

       Dengan cat warna terang serta suasana ceria, Lipton Tea Bar akan memulakan perjalanan di sekitar Lembah Klang sebelum memulakan perjalanan ke seluruh Malaysia.

         Lipton Tea Bar  menawarkan empat jenis teh iaitu Sunrise Paradise, Mo-Tea- To, Lovely Berries dan Honey Lemongrass Tea yang disediakan oleh barista dan pelanggan boleh memilih mana-mana perasa yang diinginkan.

     



Hasilnya...


Penulis 

Friday, December 6, 2013

Smashies Burger AWESOME best



Since my artikel masuk Mega today, 6 Disember 2013...so I want to share story with u guys...and boleh tengok this artikel thru online...http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131206/ke_04/Keunikan-Smashies-Burger

Mega, UTUSAN MALAYSIA



Keunikan Smashies Burger kepada penggemar  burger
 
Kelainan dan keunikan  yang dihasilkan oleh pemilik  Smashies Burger, Will Soh dalam pembuatan  burger sememangnya membuatkan burger yang  hasilkannya berbeza lain dari yang lain.

Restoran yang terletak di Setapak itu menjanjikan  kelainan kepada pengunjung yang sangat  gemarkan burger serta dekorasi kedai yang  sangat menarik dan teratur serta layanan yang  istimewa.

Pengusaha restoran tersebut, Will Soh atau nama  Soh Meng Hui berkata, dalam penghasilan burger,  aspek yang sangat dipentingkan olehnya adalah   kesihatan iaitu kurang kalestrol dalam setiap  burgernya selain kepuasan ketika menikmati  burger tersebut.

"Kami menggunakan daging  segar yang diimport  khas dari Australia bagi mengekalkan  kesedapannya dan saya sangat mementing cara  pemakanan yang sihat dalam setiap  bueger,"katanya ketika Pertandingan Gusti  Lengan Sempena Hari Lelaki Sedunia bersana  Kelab Biker Malaysia anjuran restoran  berkenaan.

Berbeza dengan burger yang ada di Malaysia,  Smashies Burger memperkenalkan 15 jenis  pilihan burger dengan menggunakan nama burger  yang dapat menarik perhatian pengunjung selain  warna rotinya yang berwarna-warni.

"Untuk menjadikan burger yang dihasilkan lain dari  yang lain, saya memilih nama burger berdasarkan  nama filem, contohnya Twillight Bella, dan juga  nama lagu seperti One More Night From Maroon  5,ini yang membuatkan burger kami berbeza dari  burger yang sedia ada di Malaysia.

"Selain itu, penggunaan roti burger yang berwarna  yang dibuat sendiri merupakan satu daya tarikan  bagi pengunjung yang datang ke


sini melihat  sendiri keunikan serta merasakan kesedapan  burger kami," katanya.

Tambahnya lagi, Smashies burger menjanjikan  kegembiraan kepada pengunjung yang pertama  kali merasai keenakan burger tersebut.

Pelanggan boleh memilih pilihan burger di  Smashies Burger dengan pilihan lapisan berbeza  didalam burger tersebut samada ayam, daging  mahu pun portobello.

Senarai pilihan Smashies Burger :

1)I’m Single
2)My Mistress Named Burger
3)Happy Cow
4)Hobbit’s Favourite
5)Red Moo
6)Pretty Patty
7)Chicken Run
8)Hot Chicks
9)Twillight Bella

10)Shroom Bomb







 Jom kita tengok pic yang sempat saya ambil ketika kesana :








Apa lagi..jom ke SMASHIES Burger..!!!!!

Wednesday, December 4, 2013

Anugerah Innovator Kecantikan Shiseido Profesional 2013


Anugerah Innovator  Kecantikan  Shiseido Profesional 2013 yang julung kalinya mencipta sejarah apabila mengadakan satu pertandingan mencipta gaya rambut dan foto terbesar  di Asia Tenggara apabila ia membawa anda merasai kehebatan bakat-bakat  pereka gaya rambut  terkenal tempatan bersaing dalam merebut gelaran juara.

Pereka gaya rambut ini yang telah merentasi lapan buah negara iaitu Thailand, Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun masing-masing mempamerkan kreativiti dalam kesenian.

Tujuan diadakan pertandingan ini adalah meningkatkan prestasi dan mengangkat industri pereka gaya rambut dan fesyen rambut menjadi satu industri yang boleh bersaing dan berkembang.

Selain itu, produk Shiseido Professional bukan sahaja menyediakan produk untuk pereka rambut tetapi juga menyediakan set penjagaan rambut yang berkualiti tinggi, selain mencari bakat-bakat baru yang bertaraf antarabangsa.

Dari perspektif yang lain pula, Shiseido Profesional  ingin mengetengahkan gaya hidup dan budaya dalam fesyen rambut seterusnya memperagakan fesyen tersebut ke pentas peragaan.

Ini juga mendorong para pereka rambut untuk mencipta gaya yang luar biasa dan meningkatkan kemahiran mereka dalam industri ini.

Dalam pertandingan ini,lebih 100 penyertaan diterima dan dinilai dan hanya 11 yang terbaik dipilih, dan pada malam anugerah ini , lima finalis dipilih untuk ke pusingan akhir.

Penyertaan lima finalis yang terpilih mendapat percutian percuma ke Jepun dan berpeluang untuk menghadiri Kongress Kecantikan Shisiedo Professional yang bakal diadakan di Tokyo pada Februari 2014.

Hasil kerja kelima finalist tersebut akan dihakimi oleh  barisan juri tertinggi serta Pakar Kecantikan Shiseido, Masa Otake yang juga merupakan juri jemputan pada malam Anugerah Grand Prix, iaitu malam mengumumkan pemenang.

Juara pertandingan yang terpilih ini berpeluang membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera 1.6 yang ditaja oleh Edaran Tan Chong.

Top 5 Finalist :

1) Leon Lim, Fansco Salon
2) Ming Thum, A-Saloon Sdn. Bhd.
3) Edison Lim, E Avenue Hair Studio
4) Ringo Tai, e.ex Hair Salon & Academy
5) Kenneth Kwan, K'neth Hair Studio


Pada malam Anugerah Innovator  Kecantikan  Shiseido Profesional 2013, sebanyak 5 anugerah diberikan :

Shiseido Best Makeup Award - Sky Sie, Sky Hair Salon
Estetica Asia Choice Award - Leon Lim, Fansco Salon & Sky Sie, Sky Hair Salon
NUYOU Choice Award - J Jong of e.ex Hair Salon & Academy
Hair For You For Me Choice Award - Kenneth Kwan, K'neth Hair Studio
Shiseido Professional Popularity Award - Lester Heng, A-Saloon Sdn. Bhd


               JOM kita tengok hasil kreativiti para pereka..lets watch...and enjoy...;-)
 













 HEBAT betul mereka ni...i was sangat teruja bila tengok dorang mengkasilkannya...this perfect and awesome talent from Malaysia...the five finalist akan bertanding untuk rebut juara on Februari 2014..