Monday, December 23, 2013

Resepi Simple Teh LIPTON

             Sempena kempen pelancaran kempen  ‘A New Twist to Your Moments, jenama teh nombor satu dunia, Lipton berkongsi resipi mudah untuk membuat teh bagi memberi inspirasi kepada orang ramai merasai sendiri keunikan serta kelainan teh yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
 
        Dalam program Masterclass  yang dianjurkan oleh Lipton dengan kerjasama Asian Food Channel dan diketuai oleh chef selebriti iaitu, Chef Nik Micheal Imran telah mendemonstrasikan empat jenis  minuman teh dan satu makanan pembuka selera.
   
            

Demonstrasi selama satu jam yang menggunakan Lipton Yellow Label oleh Chef Nik  bukan sahaja memberi pendedahan sekaligus memberi peluang kepada para media serta blogger yang hadir memcuba sendiri resepi berkenaan dalam program itu.
 
          

Chef Nik berkata, konsep baharu yang ditunjukkan oleh Lipton dalam minuman teh memberi sentuhan kreatifnya  bagi penggemar teh kerana cara membuatnya adalah sangat mudah dan ringkas.

           “Dalam kelas kali ini saya mengajar empat jenis resipe teh yang saya cipta sendiri yang sangat sedap dan berbeza dari teh yang pernah dirasai sebelum ini iaitu, Sunrise Paradise, Mo-Tea- To, Lovely Berries dan Honey Lemongrass Tea,  ” katanya.

           “Selain itu, resepi pembuka selera iaitu Udang Tea-Crusted memang berbeza kerana menggunakan teh apabila memasaknya, ini memang lain dari yang lain, tapi apa salahnya kita mencuba kerana dalam masakan Cina memang sudah lama menggunakannya,dan kali ini saya tunjukkan pada anda semua,” katanya.

    

               Sukar untk dipercayai apabila teh boleh digunakan dalam masakan dan apabila mencuba sendiri, memang tidak dinafikan, tiada rasa tehnya, hanya dirasai kerangupan pada udang berkenaan.

             Air teh yang dihasilkan yang menggunakan serai, daun pudina serta lemon semenangnya mempunyai aura yang lain dari yang yang tidak ada pada minuman teh lain, dan ini membuktikan yang Lipton sendiri mencari kelainan.

            Resepi berkenaan merupakan resepi yang yang dicipta sendiri oleh Chef Nik dan sememangnya resipi yang ditunjukkan sangat mudah dibuat di rumah serta bahan-bahanya juga senang didapati.

        Pengurus Jenama Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Victor Leow berkata teh dapat dibuktikan mengubah mood dan menceriakan hari anda dan dapat dijadikan minuman yang serba boleh dengan hanya sedikit perubahan dalam cara pembuatannya.

        “Dalam resepi teh terbaharu ini, hanya menggunakan lima ke enam sajaha baha-bahan termasuk satu uncang teh dapat membuatkan teh yang dihasilkan sedap, samada panas atau sejuk ,” katanya.

        Selain itu, Lipton Asian Food Channel serta Chef Nik sendiri baharu sahaja menghabiskan penggambaran siri cara hidup kulinari yang diinpirasikan oleh teh yang berjudul “Tea Twist” yang bersiaran di Asian Food Channel selama enam minggu.

        Bermula 5 sehingga 24 Disember, Lipton juga  memperkenalkan kereta bergerak Lipton Tea Bar yang bakal merentasi seluruh Malaysia dengan tujuannya mencerikan hari anda, dan sepanjang musim Disember juga, minumannya akan diberikan percuma kepada orang ramai.

       Dengan cat warna terang serta suasana ceria, Lipton Tea Bar akan memulakan perjalanan di sekitar Lembah Klang sebelum memulakan perjalanan ke seluruh Malaysia.

         Lipton Tea Bar  menawarkan empat jenis teh iaitu Sunrise Paradise, Mo-Tea- To, Lovely Berries dan Honey Lemongrass Tea yang disediakan oleh barista dan pelanggan boleh memilih mana-mana perasa yang diinginkan.

     



Hasilnya...


Penulis 

No comments:

Post a Comment