Wednesday, December 4, 2013

Koleksi Musim Luruh / Sejuk Guess Kid 2013

Untuk koleksi musim luruh / sejuk 2013 kali ini, jenama pakaian terkenal, Guess Kid memperagakan koleksi pakaian untuk  kanak-kanak lelaki dan perempuan dari bayi sehingga berumur 16 tahun.

Koleksi pada kali ini yang bertemakan romantis dan panas sangat selesa untuk  digayakan, terutamanya ketika mahu bergaya kasual dengan pelbagai pilihan pakaian yang cantik dan menarik.

Pada peragaan pakaian Guess Kid kali ini, seramai 8 kanak-kanak memperagakan koleksi pakaian berwarna warni Guess Kid yang menarik perhatian para ibu bapa yang hadir.

Turut sama memeriahkan suasana dengan kehadiran model dan juga pelakon, Amber Chia bersama anak lelakinya, serta pelakon terkenal tanah air, Sazzy Falak bersama anak perempuan kembarnya.

Pada koleksi kali ini, Guess Kid memfokuskan koleksi yang memberi keselesaan pada si pemakai terutamanya kanak-kanak yang sangat aktif melakukan aktiviti.


Her Morning Romance - The Last Gentleman
Pada permulaan musim ini, ciri-ciri romantik, yang menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang bercita-cita tinggi.Inspirasi seorang gadis yang mempunyai impian bahawa seorang putera mangajaknya keluar sambil melihat keindahan lampu dan warna ketika musim gugur di Paris merupakan satu saaat yang indah.

Puteranya yang memakai pakaian lelaki Guess Kids merupakan seorang jurugambar yang tinggal di bandar Eropah, dan sangat sukakan fesyen dan gambar dengan menyerikan lagi dengan bunga mawar serta surat cinta.

Gadis tersebut kelihatan sangat elegan bergaya dengan baju yang berwarna merah jambu pucat, krim merah dan juga hitam.Bintik hitam dan merah juga terdapat pada pakaiannya dan juga aksesori.

Selain itu, renda, mutiara serta pakaian yang sedikit longgar, yang boleh digayakan dengan kot bulu dengan tambahan aksesori melengkapkan gaya glamor si gadis.

Young Spirit Run Wild

Selain itu, koleksi kali ini juga  sesuai untuk kanak-kanak yang bersemangat muda dan aktif. Pakaian  yang dihasilkan ini merupakan denim  jenama asal Amerika .Teknik fotografi dan air berwarna yang dicetak pada pakaian mengingatkan perjalanan Underwood Amerika.

Salutan Lamine, tarikan stud serta sulaman appliques memberikan  corak pada baju serta seluar  kelihatan sperti tiga dimesi dan lain dari yang lain.

Pakaian berkait atau " knitwear "  memainkan peranan peting dalam pemilihan baju dan pada kali ini Guees Kid memperkenalkan dalam  pelbagai potongan yang mempamerkan corak besar pada pakaian.

Warna yang berani digunakan bagi menonjolkan lagi koleksi kali ini seperti pengunaan biru tentera laut,indigo, fuchsia dan beige mewujudkan corak luar biasa, manakala kot yang berwarna dan aksesori menyerlahkan karakter lasak dan kasual si pemakai.

Guess Kid juga memperkenalkan gaya ala koboi kepada kanak-kanak lelaki yang aktif. Koleksi koboi dengan gaya berani dan warna terang yang dicetak dengan tema yang diilhamkan oleh alam semulajadi.Warna oren, ungu biru,putih bersih,kelabu merupakan padanan warna yang sangat cantik. Aksesori seperti tali pinggang dan jubah kulit boleh melengkapkan gaya liar ala-ala koboi bandar.

The Silence Of The Snow
Inspirasi warna sejuk seperti biru, krim dan ais serta kelabu gelap dengan sentuhan berwarna-warni dengan kontra warna biru, biru laut yang hadir dengan mutiara hitam dan merah.Kombinasi pada pakaian untuk kanak-kanak perempuan berbeza-beza antara pakaian dan fabrik berbulu.

Pakaian yang dihasilkan masih lagi mengekalkan imej gadis dengan penggunaan perhiasannya dan cetakan Lame, bersama-sama dengan Sequin dan appliques berlian buatan kristal. Hiasan kristal untuk jaket turun , kot dalam bulu palsu dan aksesori memberi semangat musim sejuk .

Selain itu , pakaian berkolar tinggi dihasilkan dan Intarsia pakaian berkait. Seluar dengan pelbagai poket dan pakaian luar mengalu-alukan penambahan kot kulit biri-biri.Dengan tambahan sedikit aksesori, gaya yang ditampilkan lebih bergaya.
 

Jom kita tengok koleksi ni...;-)


 





















No comments:

Post a Comment