Friday, December 6, 2013

Smashies Burger AWESOME best



Since my artikel masuk Mega today, 6 Disember 2013...so I want to share story with u guys...and boleh tengok this artikel thru online...http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131206/ke_04/Keunikan-Smashies-Burger

Mega, UTUSAN MALAYSIA



Keunikan Smashies Burger kepada penggemar  burger
 
Kelainan dan keunikan  yang dihasilkan oleh pemilik  Smashies Burger, Will Soh dalam pembuatan  burger sememangnya membuatkan burger yang  hasilkannya berbeza lain dari yang lain.

Restoran yang terletak di Setapak itu menjanjikan  kelainan kepada pengunjung yang sangat  gemarkan burger serta dekorasi kedai yang  sangat menarik dan teratur serta layanan yang  istimewa.

Pengusaha restoran tersebut, Will Soh atau nama  Soh Meng Hui berkata, dalam penghasilan burger,  aspek yang sangat dipentingkan olehnya adalah   kesihatan iaitu kurang kalestrol dalam setiap  burgernya selain kepuasan ketika menikmati  burger tersebut.

"Kami menggunakan daging  segar yang diimport  khas dari Australia bagi mengekalkan  kesedapannya dan saya sangat mementing cara  pemakanan yang sihat dalam setiap  bueger,"katanya ketika Pertandingan Gusti  Lengan Sempena Hari Lelaki Sedunia bersana  Kelab Biker Malaysia anjuran restoran  berkenaan.

Berbeza dengan burger yang ada di Malaysia,  Smashies Burger memperkenalkan 15 jenis  pilihan burger dengan menggunakan nama burger  yang dapat menarik perhatian pengunjung selain  warna rotinya yang berwarna-warni.

"Untuk menjadikan burger yang dihasilkan lain dari  yang lain, saya memilih nama burger berdasarkan  nama filem, contohnya Twillight Bella, dan juga  nama lagu seperti One More Night From Maroon  5,ini yang membuatkan burger kami berbeza dari  burger yang sedia ada di Malaysia.

"Selain itu, penggunaan roti burger yang berwarna  yang dibuat sendiri merupakan satu daya tarikan  bagi pengunjung yang datang ke


sini melihat  sendiri keunikan serta merasakan kesedapan  burger kami," katanya.

Tambahnya lagi, Smashies burger menjanjikan  kegembiraan kepada pengunjung yang pertama  kali merasai keenakan burger tersebut.

Pelanggan boleh memilih pilihan burger di  Smashies Burger dengan pilihan lapisan berbeza  didalam burger tersebut samada ayam, daging  mahu pun portobello.

Senarai pilihan Smashies Burger :

1)I’m Single
2)My Mistress Named Burger
3)Happy Cow
4)Hobbit’s Favourite
5)Red Moo
6)Pretty Patty
7)Chicken Run
8)Hot Chicks
9)Twillight Bella

10)Shroom Bomb







 Jom kita tengok pic yang sempat saya ambil ketika kesana :








Apa lagi..jom ke SMASHIES Burger..!!!!!

No comments:

Post a Comment